Assalamualaikum..pembuka bicara....
Kisah ni hanyelah untuk berkongsi pengalaman saja. Bukan nak menunjuk-nunjuk atau menbangga diri dan jauh sekali mendabik dada. Firstly, berdasarkan pengalamn aku yang hidup dah hampir 23 tahun ni, apa yang berlaku dalam hidup aku ni banyak yang tak dijangka. Ni lah yang membuatkan hidup aku ni bolehlah dikatakan menarik (Alhamdulillah), walaupun kadang-kadang banyak je masalah. Mak aku cakap, orang yang menghadapi banyak masalah tu membuatkan jantung bertambah kuat dan mantel semakin stabil. Aku dah tau dah ni semua ayat-ayat nak penyedap hati je, setiap kali aku mengadu tentang masalah kat dia. Abah aku macam biasa, tak pernah halang apa yang aku nak buat, asalkan jaga diri dan ingat Allah selalu. adik aku plak, kadang-kadang kalau aku nak crita apa2 buat tak tau je...kami agak berbeza dari segi perangai, tapi klau bab2 lain tu ok je, terutama bab2 gi jalan2. Onn saja.
Trip aku ke Myanmar ni sebenarnya aku dapat tahu last minit... Memandangkan aku salah seorang pelajar Southeast Asia Studies so aku terpilih.Kebetulan lagi aku ade ambik subjek bahasa Burma. Semuanya ditanggung oleh Citra (terima Kasih CITRA). Pada 7 Disember 2009 berlepaslah aku bersama cousemateku najwa, mulan, ikwan, mira, ktik, sha, azry, zaly dan sayama (sayama = guru bahasa kitaorang) dari KLIA ke Yangoon bersama Myanmar Air Line (MAI) dan mengambil masa dua jam setengah.
Sebelum Berlepas...
Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke negara Aung San Suu Kyi tu. My first impression ialah seperti berada pada tahun 1950-an di Malaysia. Namun cepat2 aku mindsetkan bahawa aku datang ke sini untuk kutip sebanyak mungkin pengalaman dan lihat keunikan budaya orang...best sangat...
Myanmar International Airport
Sebelum aku tulis ni, aku tanya pada roomate kesayangan aku ni si Sofia Aimd dan Nadiah Zubir, APA ITU KUNNYAA (tak tau la betul ke tak ejaannya, tapi kalau dari segi sebutan tu hampir2 sama bunyinya). Si Sofia ni jawab dengan confidentnya, Cikukunya pernah la dengar...hahahaha..berderai ketawa kitaorang...
Kunnya, Tanakka dan Sarung
Kunnya ni adalah sejenis makanan sampingan atau disert la bagi masyarakat Myanmar...Bahan-bahannya pula seperti daun sirih, gambir, kapur makan, pinang, cengkih, dan pelbagai bahan tambahan dan perasa lagi (semuanya dicampurkan dan dibalut dengan daun sirih). Banyak gerai2 kecik yang jual Kunnyaa ni. Boleh kata jalan dalam 10 langkah ade je gerai jual Kunnyaa. Oleh kerana aku ni tak makan sirih, so aku pun tak tau ape rasenye Kunnyaa di Myanmar ni,(walaupun Sayama pernah tanya sama ada aku nak try atau tak?).Bagi masyarakat Myanmar ni, kunnyaa ni dah jadi satu tabiat, permintaannya pun tinggi, dari golongan muda sehinggalah ke golongan tua...Oleh kerana tabiat diorang yang sukekan kunnyaa ni, ade kesannya:
- Habis jalan2 raya diorang berubah warna, tak nampak dah warna hitam tar tu, semuanya coklat kemerah-merahan. Sebab sesuka hati diorang je nak meludah atau buang sisa2 Kunnyaa tu kat mana2 saja termasuk jalan raya. Aku terpaksa berhati-hati, bukan apa kang terkena baju pulak, dah la susah nak hilang. Dan satu lagi, kalau jalan2 kat Yangon tu kena hati2 sebab takut terpijak sisa2 Kunnyaa.hehehe..pengalaman betul.
- Kesan kedua, fuhh! gigi diorang tak yah cakap, merah + hitam la jadinya. Macam nenek kita zaman dulu2...tapi bagi generasi pemuda Myanmar yang berpelajaran dan berkerjaya, diorang dah kurang makan kunnyaa.Mungkin dah ada kesedaran tentang penjagaan gigi dan dah tahu nak melaram kot.
| mulut dan gigi merah akibat Kunnyaa.. |
Tannaka pula adalah sejenis kosmetik tradisional bagi masayarakat Myanmar, Tannaka ni sebenarnya macam bedak sejuk la klau di Malaysia ni. Tannaka ni dipakai oleh semua lapisan masyarakat di Myanmar, baik kanak2, orang muda sehinggalah ke generasi tua. Tannaka ini merupakan sebuah pohon kayu, kayu tannaka ini dipotong kecik2 dan kemudian diasah di batu + air, kemudian disapu di muka....no wonder la muka diorang tak berjerawat, baik lelaki mahupun perempuan.
Ni.. la Tanakka versi tradisional...ramai yang suka guna cara ni sebab tak bercampur dengan bahan kimia .
cara menggunakan Tanakka
Kata Sayama (guru dalam bahasa Burma), kita boleh nampak la status seseorang itu melalui pemakaian Tannaka ni. Klau orang kaya, dia akan pakai Tannaka satu badan (dari muka sampai ke kaki), manakala klau orang yang miskin atau kurang berkemampuan dia akan pakai Tannaka setempek je di pipi dan dahi...Orang Myanmar ni dah pakai tanakka ni berabad-abad lamanya, sebab tu la kulit diorang cantik tak berjerawat...Kalau kita di Malaysia pakai bedak sejuk pada waktu malam atau kat rumah je, diorang pakai Tanakka ni tak kira tempat,semua situasi diorang pakai.Bagi aku, mungkin nampak macam ganjil la cara diorang berhias tu, tapi bagi diorang, itulah tradisi yang diorang masih lagi pegang sampai ke hari ini...Semasa kiteorang shopping kat Yangoon Market, Sayama siap tempekkan Tanakka kat muke kitaorang, so satu hari tu kitaorang jalan2 kat sana pakai tanakka (dah macam orang Myanmar dah)... Itu semua pengalaman...Apa lagi siap borong tanakka lagi, bawa balik Malaysia...Tanakka ni dijual mengikut saiz, normalnya 1batang 1500kyat ( Kyat = mata wang Myanmar)...Ada gak Tanakka yang telah dibuat dalam bentuk yang lebih cantik pembungkusannya dan senang untuk dipakai di mana-mana saja dan harganya dalam 2500 kyat....sebelum balik ke Malaysia aku pon borong Tanakka tuk kasi Mak, nenek, mak sedara dll...sebagai cndramata..
Dari kiri: Mulan, Sha, Diriku, Mira, Najwa dan Ktik
Sarung, alah sarung, yang kita sebagai orang melayu selalu pakai tu, senang cite macam ni lah kain batik atau kain palekat. First2 aku sampai di Yangoon International Airport. Aku tengok sekumpulan pemandu teksi ni pakai baju kemeja berlengan panjang dan berkain sarung.Aku ingat diorang nak gi sembahyang jumaat ke apa, rupanya memang itu pakaian diorang. Boleh kira dengan jarilah berapa je yang pakai seluar. Jakun la juga buat seketika, tapi tak pe itu semua kita kena terima dan hormat budaya orang. Sepanjang perjalanan aku menaiki teksi ke Hotel, aku tengok mostly orang lelakinya berkain sarung. oooo..rupanya inilah budaya diorang. Cuba korang bayangkan pemandu bas pakai sarung, penarik beca bersarung, tentera bersarung, kerani pejabat bersarung...boleh kata sarung yang dipakai itu boleh dipakai dimana2 sahaja dan dalam pelbagai situasi samada dalam urusan tak rasmi sehinggalah ke urusan rasmi. kasut pulak hanya berselipar atau kasut sarung...sukarkan untuk dibayangkan..
sarung
Cara ikat kain sarung juga berbeza dengan cara di Malaysia.
- bagi lelaki : cara diorang simpul kain pon ada bezanya
- bagi perempuan pula, hanya lilitkan di pinggang saja.Bagi orang yang macam aku ni yang tak leh duduk diam ni kena pakai pin..hehehe..
Kain sarung tetap dipakai dalam pelbagai situasi...
pakaian tradisional yang sering dipakai oleh kaum wanita. Uniform diatas ialah uniform seorang guru.
Kain-kain ni banyak dijual di Yangoon market, Yangoon Road dan kalau nak lagi murah ialah di Yuzana Plaza. rambang mata tengok corak dan warna yang cantik2 dan murah...
Ini..lah salah satu tradisi masyarakat Myanmar yang unik dan masih mengekalkan keaslian budayanya.....Budaya kuning dari Barat masih belum lagi begitu dominan menular di kalangan masyarakatnya, terutamanya ke atas remajanya, walaupun British pernah manduduki Myanmar..Yang tinggal hanya bangunan2 lama tinggalan British...



